• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjara 8 Bulan Cium Dahi, Mulut Kanak-Kanak

oleh Cj Mnh
08/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penjara lapan bulan kerana mencium dahi dan mulut seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, dua bulan lalu.

Itulah `balasan’ yang diterima oleh seorang bekas pekerja restoran warganegara Indonesia selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di sini hari ini.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintakan Zulham Syahputra, 26, menjalani hukuman itu bermula tarikh tangkapan pada 20 Jun lalu.

Dia disabitkan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada pukul 7.27 malam, 19 Jun lalu di dalam tandas tempatnya bekerja iaitu di sebuah restoran di Glenmarie, Shah Alam, dekat sini.

Zulham didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan kini menjalani hukuman penjara tiga bulan bermula tarikh tangkapan pada 20 Jun lalu kerana kesalahan menetap di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN ONLINE

Tags: dipenjaragangguan seksual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd