• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HFMD Di Sabah Meningkat Enam Kes Setakat 6 Ogos

oleh
07/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dilaporkan di Sabah setakat semalam meningkat sebanyak enam kes kepada 2,611 kes daripada 2,605 kes dicatatkan pada 27 Julai lepas, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Menurut Christina antara daerah yang mencatat kes tertinggi setakat ini ialah Kota Kinabalu dengan merekodkan 564 kes, diikuti daerah Beaufort (393), Penampang (258) dan Sandakan (221).

Katanya setakat ini, 24 sekolah dan taska (taman asuhan kanak-kanak) di seluruh Sabah masih ditutup berikutan penemuan kes HFMD di sekolah-sekolah berkenaan.

Bagaimanapun katanya tidak semua kes jangkitan HFMD yang dilaporkan berkenaan berlaku di sekolah atau taska sebaliknya turut berlaku di rumah.

“Kita dapati, sesetengah kes kanak-kanak yang (dijangkiti) belum masuk taska iaitu golongan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah. Ini (jangkitan) didapati hasil daripada adik beradiknya yang terjangkit dari tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2018 di sini hari ini. .

“… maksudnya, kadang-kadang kita memberi perhatian kepada taska, sekolah dan sebagainya. Namun kita juga dapati ramai kanak-kanak mendapat jangkitan bukan di taska,” katanya lagi.

Menurut Christina selain jangkitan HFMD berlaku di sekolah, taska serta dalam kalangan adik-beradik, pihaknya juga mendapati penyakit HFMD boleh juga berjangkit di kawasan awam.

Justeru, beliau​​​​​​​ mengingatkan ibu bapa atau pengasuh agar mengambil langkah pencegahan dengan tidak membawa anak-anak yang dijangkiti HFMD keluar daripada kawasan rumah bagi mengelak ia menjangkiti orang lain tanpa disedari. – BERNAMA

Tags: HFMD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd