• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Syarikat Buang Sisa Pepejal Secara Haram Didenda RM10,000

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Dua syarikat, masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas wakil masing-masing mengaku salah terhadap pertuduhan membuang sisa pepejal terkawal secara haram pada Ogos 2017.

Syarikat B&Z Mechanical & Electrical Sdn Bhd diwakili pengarahnya Jefppri Dasri dan Sanglang Muda Enterprise diwakili pengurusnya Ku Muhammad Azli Ku Baharom.

Hakim Johari Hassan semasa menjatuhkan hukuman itu berkata denda itu adalah paling minimum kerana denda maksimum mengikut Seksyen 71(8) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 adalah RM100,000 selain hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya juga boleh dikenakan.

Kedua-dua syarikat membayar denda itu.

B&Z Mechanical & Electrical dituduh melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal awam tanpa kebenaran di Taman Orang Ramai Batu Pahat, Sungai Batu Pahat dekat sini pada kira-kira 3.54 petang, 9 Ogos 2017.

Sanglang Muda Enterprise dituduh melakukan kesalahan sama di kawasan hutan simpan kekal Bukit Papan/Hutan Simpan Kurong Batang, Sungai Batu Pahat pada kira0kira 2.40 petang, 20 Ogos 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Muhamad Yasser Mohd Nasri manakala kedua-dua syarikat tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: dendaSisa Pepejal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd