• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Payang ‘Water Taxi’ Tawar Pakej Susuri Sungai Terengganu

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Orang ramai kini boleh mengelilingi bandar raya pesisir air Kuala Terengganu menggunakan perkhidmatan teksi air atau ‘water taxi’ pada harga berpatutan.

Hanya dengan bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak, orang ramai berpeluang menelusuri Sungai Terengganu untuk menikmati pemandangan indah bandar raya pesisir air ini dan melihat sendiri pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) dari jarak dekat.

Itu pakej istimewa yang disediakan Cas Ligas Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertujuan melonjakkan lagi sektor pelancongan Terengganu.

Pengurus Besarnya Mohamad Yusof berkata khidmat Payang Water Taxi itu sudah dimulakan sejak awal Julai lalu dan sehingga kini sambutan yang diterima amat menggalakkan terutama kalangan pelancong asing.

“Pelancong dari seluruh dunia seperti Itali, Slovenia dan negara Eropah sangat menghargai keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara di sepanjang Sungai Terengganu ini.

“Mereka sangat berminat untuk menyelami kehidupan masyarakat nelayan di Seberang Takir, pembuatan bot tradisional di Pulau Duyong dan melihat sendiri keunikan 22 monumen binaan Islam zaman silam di Taman Tamadun Islam,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ketika ini, syarikat itu menyediakan dua buah bot dengan kapasiti 42 penumpang untuk dibawa menelusuri Sungai Terengganu dengan kelajuan 10 hingga 12 knot yang mengambil masa antara 20 hingga 30 minit perjalanan.

Mohamad berkata operasi syarikat mereka berjalan setiap hari kecuali Selasa dan ditutup sementara pada tengah hari Jumaat.

“Bermula di jeti Pulau Warisan, pelancong akan dibawa melihat puluhan bot mewah milik persendirian di Pulau Duyong, tapak projek KTCC, perkampungan nelayan Seberang Takir dan lokasi membaik pulih kapal milik penduduk tempatan.

“Kami juga sedang merancang menyediakan pakej ke beberapa lagi tempat menarik di sekitar Sungai Terengganu termasuk pakej makan tengah hari di restoran yang berlatar belakangkan keindahan sungai ini,” katanya.

Mereka yang berminat mahu merasai pengalaman menelusuri Sungai Terengganu boleh menghubungi talian 014-6055454 untuk tempahan Payang Water Taxi. – BERNAMA

Tags: Pelanconganteksi air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd