• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mahu 4 Hakim Kanan ‘Dikecualikan’

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini, memohon empat hakim kanan dikecualikan daripada mendengar permohonan semakan dalam rayuan kes saman dikemukakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan salah laku di pejabat awam.

Peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib, mempersoalkan komposisi empat hakim kanan terbabit dalam bantahan awalnya pada prosiding permohonan semakan kes rayuan itu di hadapan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat hakim terbabit adalah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah.

Mohd Hafarizam berkata, keempat-empat hakim itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Dr Mahathir selaku Perdana Menteri, yang juga adalah pemohon dalam permohonan semakan berkenaan.

Berikutan itu, katanya, mereka hendaklah dikecualikan kerana ia boleh menyebabkan persepsi kemungkinan berat sebelah.

“Oleh itu, bagi mengelakkan rasa malu ke atas Ketua Hakim Negara, kami dengan rendah diri memohon empat hakim ini dikecualikan daripada mendengar permohonan semakan ini,” katanya.

Peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, bagaimanapun berkata, isu berhubung komposisi hakim sudah dibangkitkan pihaknya ketika mengemukakan permohonan kebenaran merayu bagi mencabar keperlembagaan pelantikan semula Tun Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara.

Peguam itu berkata, pihaknya menyatakan perkara sama kepada panel Mahkamah Persekutuan dalam prosiding sebelum ini, yang mana Md Raus adalah pengerusi bagi panel terbabit.

“Ini membabitkan perkara yang sama. Pada ketika itu, permohonan kami ditolak. Komposisi panel pada hari ini bukan satu isu kerana membabitkan pelantikan oleh Perdana Menteri dan ia satu prosedur normal, berbanding permohonan kami mencabar kesahan Md Raus,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Haniff memohon supaya mahkamah menangguhkan prosiding, sementara mahkamah sama memutuskan persoalan definisi pegawai awam melalui permohonan dikemukakan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, bagi kebenaran merayu dalam kes saman difailkannya terhadap Najib.

Kes saman difailkan Pua itu adalah berhubung dakwaan Najib melakukan salah laku dalam jawatan awam membabitkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mohamed Haniff berkata, pihaknya akan memohon untuk menjadi amicus curiae (sahabat mahkamah) dalam permohonan Pua kerana ia membabitkan isu sama.

Sementara itu, katanya, Peguam Negara, Tommy Thomas, berhasrat untuk turut serta dalam permohonan semakan hari ini berikutan Pejabat Peguam Negara (AGC) sering berurusan dengan penjawat awam.

“Tommy memaklumkan kepada saya pada Jumaat lalu dalam pertemuan di pejabatnya kerana mereka perlu tahu keputusan muktamad mengenai definisi pegawai awam.

“Bagaimanapun, perkara itu hanya diajukan secara lisan kerana kami tidak sempat menyerahkan dokumen lengkap kepada pihak AGC,” katanya.

Malanjum yang mengetuai panel tujuh hakim tidak memutuskan berhubung bantahan awal Mohd Hafarizam, bagaimanapun bersetuju menangguhkan prosiding pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Mahkamah Persekutuan pada 27 Februari lalu menolak permohonan Dr Mahathir dan bekas Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu kes saman mereka terhadap Najib berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam. – BH Online

Tags: Hakim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

19/03/2025
2

MUAR: "Perbuatan kamu (rakam) sangat teruk. Mahkamah berharap kamu insaf dengan perbuatan ini, janganlah ulangi kesalahan seperti ini." Demikian teguran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd