• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Layar Mewah Milik Jho Low Tiba Di Batam

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kapal layar mewah Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) yang dikatakan milik ahli perniagaan yang dibur Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, tiba di Pulau Batam.

Sumber berkata kapal layar itu berlayar di sepanjang Selat Singapura menuju ke pelabuhan Batu Ampar.

Namun kapal layar itu tidak menuju pelabuhan seperti yang dijadualkan.

Sebaliknya, ia berlabuh dekat rumah api Pulau Nong di pintu masuk Tering Bay kira-kira pukul 9.30 pagi, kata sumber kepada The Star.

“Kapal itu akan berlabuh di Batam, menunggu arahan lanjut dari Jakarta apabila ia akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia,” katanya.

The Star melaporkan kapal layar mewah itu meninggalkan pelabuhan Tanjung Benoa di Bali pada Khamis menuju ke Batam.

Pada Februari lalu, kapal itu disita atas arahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang dilancarkan Jabatan Kehakiman (DoJ) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun kapal itu tidak dibenarkan meninggalkan pelabuhan Tanjung Benoa.

Pada Julai, pihak berkuasa Indonesia menyita semula kapal layar itu susulan permintaan rasmi untuk bantuan undang-undang daripada pihak berkuasa AS.

Reuters melaporkan keputusan menyerahkan kapal layar itu ke Malaysia dicapai berikutan permintaan peribadi yang dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa lawatan ke Indonesia, Jun lalu. – mStar Online

Tags: Jho Lowkapal layar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd