• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Pembinaan LPT3 Diumum Dalam Bajet 2019

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa Tiga menghubungkan Kuala Terengganu, Terengganu hingga ke Pengkalan Kubur, Kelantan diteruskan atau tidak, akan diumum dalam Belanjawan 2019 pada November ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata kerajaan pada dasarnya melihat pembinaan lebuh raya sepanjang 147 km yang dicadang dalam Rancangan Malaysia ke-11 pada 2015 itu sebagai satu keperluan, namun pembinaannya perlu melihat antara lain kewangan terkini kerajaan.

“Kerajaan lama telah semacam menangguhkan program ini atas pertimbangan mereka dan beri tumpuan pada yang lain. Dalam konteks kerajaan baru, kami akan kaji semula apa tak dilakukan Barisan Nasional (dahulu) sama ada ia boleh berjalan sekarang.

“Sudah tentu tak mudah, kita tak ada lampu Aladdin, kita harus lihat kemampuan kita, bukan Kementerian Kerja Raya sahaja. kita bukan tak simpati, kita perlu dapatkan pandangan kabinet dan kementerian lain,” katanya di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau menjawab soalan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) yang mahu tahu sama ada kerajaan berhasrat meneruskan pembinaan LPT sehingga ke Kelantan.

Mohd Anuar turut membidas Che Abdullah yang ketika membangkitkan soalan tambahannya mengenai status pembinaan LPT3, menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan sebagai banyak berdalih dan berbohong kepada rakyat.

“Bila kita bohong? Kita baharu ambil kerajaan ini beberapa hari. Kerajaan lama tak buat ini (LPT3) dah berapa lama walaupun dah lulus, dah setuju, tetapi Yang Berhormat (Che Abdullah) tak bangkit pun (di Dewan Rakyat).

“Berilah ruang, soal kajian, ini soal memerintah bukan nak buat bubur kacang, kita kena berhati-hati,” katanya.

Mengenai soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang menghapuskan tol yang menyebabkan kesesakan di LPT terutama di jajaran antara Karak dan Bentong, Mohd Anuar berkata ia dalam perhatian kerajaan.

“Ini adalah satu yang kita ambil nota, kerana memang kerajaan dalam proses penghapusan tol secara berstruktur seperti mana saya sebut selama ini, ia akan dlakukan sebaik-baik masa mengizinkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2019LPT3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian Pembinaan LPT3 Selesai

Kajian Pembinaan LPT3 Selesai

06/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Kajian pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) selesai dijalankan dan telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU)...

Kerajaan PH ‘Tipu’ Jumlah Defisit Negara – Najib

24/10/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memungkiri janji apabila jumlah defisit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd