• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nidzam Kecewa Pemain Gagal Manfaat Kelebihan Tempat Sendiri

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan pemain utamanya gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Kelantan malam tadi.

Beliau berkata Kedah sepatutnya mampu mencipta kemenangan apabila banyak peluang terhidang, namun gagal menghasilkan sebarang jaringan.

“Secara keseluruhannya kita (Kedah) tahu kita menguasai perlawanan. Sepatutnya kita perlu mengambil peluang-peluang yang kita cipta sendiri.

“Dalam masa sama kita agak bernasib baik kerana tidak dihukum atas kesilapan sendiri, cuma kita agak rugi tidak mendapat tiga mata di tempat sendiri,” katanya ketika ditemui di sini selepas tamat perlawanan itu malam tadi.

Beliau, bagaimanapun berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan pemainnya dan mengharapkan mereka dapat meningkatkannya lagi untuk berhadapan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin akan datang bagi mengumpul mata.

Mengulas lanjut mengenai ketiadaan empat pemain tonggak utama Kedah, Mohd Nidzam berkata pasukan itu sedia maklum dan tetap akan berjuang dalam Piala Malaysia kali ini.

Dalam pada itu, pemangku jurulatih Kelantan Yusri Che Lah berkata beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan pemainnya dalam menentang pasukan lawan.

“Saya memberi kredit kepada pasukan saya walaupun saya dapat merasakan keletihan yang amat sangat dari pemain saya, namun mereka tetap berjuang untuk mempertahankan misi kami hari ini dan sekurang-kurangnya satu mata terlaksana,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kedah FAMohd Nidzam Adha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah FA Jangan Tuding Jari, Tipu Penyokong – TMJ

15/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah...

Nidzam Adzha Sah Sebagai Ketua Jurulatih Kedah

12/04/2018
0

JITRA - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengesahkan bahawa pemangku Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff dilantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd