• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wee Wern Rangkul Kejuaraan Terbuka Australia

oleh
06/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern meneruskan momentum di pentas antarabangsa dengan menjuarai Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne hari ini.

Bekas pemain nombor lima dunia itu, yang berehat 20 bulan akibat kecederaan lutut sebelum turun semula ke gelanggang bulan lalu, mengalahkan pemain Mesir, Hana Ramadan, 11-6, 11-9, 10-12, 11-6 pada aksi final di Mulgrave County Club.

Kejayaan bagi pemain berusia 28 tahun itu adalah gelaran ketiga berturut-turut dalam siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas Terbuka Malaysia dan Terbuka Tasmania, bulan lalu.

“Selepas kembali semula, tiga kemenangan dalam tiga kejohanan PSA adalah hebat…membuatkan usaha keras sepanjang 20 bulan lalu berbaloi. Mada untuk pulang! Terima kasih semua atas sokongan!,”Wee Wern dipetik berkata dalam Instagramnya.

Sebelum ini, Wee Wern dinamakan Pemain Terbaik Bulanan PSA bagi Julai. – BERNAMA

Tags: Low Wee Wern
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd