• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilik Operasi Dibuka, Rakyat Malaysia Diminta Bertenang

oleh
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kini mengaktifkan bilik operasi bagi membantu rakyat Malaysia yang berada di Pulau Lombok yang memerlukan bantuan konsular berikutan kejadian gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter petang tadi.

Rakyat Malaysia yang berada berada di Pulau Lombok diminta bertenang dengan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Kedutaan Besar Malaysia kini mengaktifkan Bilik Operasi dan rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 8138081 3036 (Whatsapp) serta emel [email protected] / [email protected],” kata kenyataan Kedutaan Besar Malaysia.

Gegaran gempa bumi kuat di Lombok Utara jam 6.46 petang tadi turut dirasai di sekitar Pulau Lombok, Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur.

Sementara itu, Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan ketika dihubungi berkata kedutaan sedang menyelaras tindakan dengan bekerjasama bersama polis Indonesia dan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) bagi mengenalpasti sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang terbabit akibat gempa itu.

Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, BNPB, Sutopo Purwo Nugroho, gempa itu berlaku di 27 km Timur Laut Lombok Utara di Nusa Tenggara Barat.

“Penduduk dilaporkan bertempiaran lari keluar dari rumah dan bangunan, bekalan elektrik dilaporkan terputus di beberapa kawasan di pulau itu dan setakat jam 8 malam ini, sebanyak 14 kali gempa susulan direkodkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hanya berlaku tsunami setinggi satu meter di beberapa kawasan di pulau itu dan amaran tsunami itu kini telah ditarik balik.

“Setakat ini belum terdapat maklumat lengkap berkenaan kerosakan dan kemalangan jiwa,” katanya.

Pada Ahad lepas, gempa bumi 6.4 skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada 5.47 pagi menyebabkan 17 mangsa termasuk seorang warga Malaysia, Siti Nur Ismawida Ismail, 30 tahun, terkorban.

Gempa pada Ahad lepas itu turut menyebabkan beratus mangsa cedera, manakala lebih 5,000 rumah dilaporkan musnah.

Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Luar berkata pihak kedutaan Malaysia juga sedang menghubungi warga Malaysia yang mendaftar sejak kejadian gempa bumi pada 29 Julai lalu.

“Ia bertujuan memastikan keberadaan dan keselamatan mereka,” kata kenyataan itu.

Pihak kedutaan turut menggesa warga Malaysia yang berada di pulau Lombok supaya menghindari kawasan pesisir pantai sehingga arahan seterusnya oleh pihak berkuasa Indonesia.

“Setakat ini, pihak berkuasa tempatan masih menilai kerosakan yang berlaku serta keadaan penduduk di kawasan terjejas,” kata kementerian itu.

Sementara itu, AirAsia,mengesahkan bahawa penerbangan masuk dan keluar dari Lombok dan Bali beroperasi seperti biasa susulan gempa bumi bermagnitud 7 pada skala Richter yang menggoncang Lombok hari ini.

“Kami akan terus memantau situasi hari ini dan memberi maklumat mengenai perkembangan terkini. Para penumpang dinasihatkan untuk melayari Airasia.com dan menyemak saluran media sosial AirAsia untuk mendapatkan maklumat terkini,”kata syarikat penerbangan itu. – BERNAMA

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd