• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkahwinan Bawah Umur Mungkin Dianggap Satu Jenayah

oleh
05/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Undang-undang yang menetapkan lelaki berumur 18 tahun dan perempuan 16 tahun yang ingin berkahwin perlu mendapatkan kebenaran mahkamah serta ketua menteri atau menteri besar mungkin ditiadakan pada masa akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata cadangan itu bagi membuka ruang kepada era baharu undang-undang perkahwinan di negara ini iaitu dengan mengharamkan perkahwinan bawah umur.

“Kami mencadangkan pada masa hadapan syarat-syarat ini ditiadakan atau dengan kata lain mengharamkan perkahwinan bawah umur yang ditetapkan oleh undang-undang dan boleh dianggap satu jenayah jika mana-mana warganegara tidak mematuhi had umur.

“Haram itu bukan haram daripada segi hukum (syarak) tapi daripada segi pentadbiran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Trip Silaturrahim Memikat Merbuk dan Tekukor di Tanjung Piandang dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mujahid mengakui isu perkahwinan bawah umur itu adalah sesuatu yang sensitif kerana ia turut melibatkan adat dalam kalangan masyarakat terutama di Sabah dan Sarawak.

“Di Sabah dan Sarawak ada yang mengahwinkan anak mereka di bawah umur. Dari segi Islam juga ada pandangan kahwin bawah umur itu sesuatu yang harus dengan kata lain tidak boleh kata tidak boleh,” katanya.

Menjelas lanjut, Mujahid berkata ulama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar perundangan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan pertemuan setiap bulan bagi membincangkan isu perkahwinan bawah umur mengikut perspektif Islam.

“Perbincangan itu juga adalah untuk melihat sejauh mana tanggungjawab kerajaan boleh campur tangan (dalam perkahwinan bawah umur) untuk kepentingan dan maslahat umum,” katanya.

Isu perkahwinan bawah umur timbul selepas seorang lelaki berumur 41 tahun berkahwin dengan seorang budak perempuan berumur 11 tahun di Gua Musang, Kelantan pada Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata Rang Undang-undang Suruhanjaya Harmoni dan Perdamaian dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan sebagai antara usaha untuk melindungi semua agama daripada dihina.

“Draf (rang undang-undang) itu perlu dibincangkan dan mendapat kelulusan pejabat Peguam Negara, kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen,” katanya. – BERNAMA

Tags: kahwin muda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jutawan 102 Tahun ‘Dilarikan’ Anak-Anak Selepas Kahwin Senyap Dengan Penjaga Lebih Muda

Jutawan 102 Tahun ‘Dilarikan’ Anak-Anak Selepas Kahwin Senyap Dengan Penjaga Lebih Muda

02/03/2026
0

TAIWAN – Seorang jutawan berusia 102 tahun mencetuskan kekecohan apabila “dilarikan” keluar dari sebuah hospital oleh anak-anaknya sendiri selepas mereka...

Kahwin Muda Cabul Hak Asasi Kanak-Kanak

14/12/2018
0

PERKAHWINAN muda yang berlaku di negara ini merupakan pencabulan hak asasi kanak-kanak. Profesor Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd