• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan PRK Sungai Kandis Bukti Rakyat Percayakan PH

oleh
05/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor semalam membuktikan rakyat terus memberi kepercayaan kepada pakatan tersebut untuk memerintah, kata Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata berikutan kemenangan itu, pihak pembangkang terdiri daripada PAS dan Barisan Nasional (BN) disaran tidak perlu bertanding pada PRK DUN Balakong dan DUN Seri Setia, sebaliknya memberi fokus kepada rakyat di kawasan yang telah dimenangi mereka.

“Kemenangan semalam sudah diduga dan jumlah yang keluar mengundi rendah itu juga sudah dijangka tetapi itu tidak menjejaskan pencapaian dan keyakinan rakyat terhadap PH. Ini juga menunjukkan bahawa rakyat tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk memilih PH.

“Negara kita mengamalkan demokrasi jadi sesiapa pun boleh bertanding tetapi pembangkang (PAS, BN) tak payah bertandinglah. Daripada habiskan duit untuk PRK, baik mereka fokus pada kawasan mereka untuk pastikan mereka boleh jadi pembangkang yang konstruktif,” katanya mengulas keputusan PRK DUN Sungai Kandis.

Terdahulu, Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia merasmikan Majlis Penganugerahan Puncak Kecemerlangan 2018 di Dewan Sri Tanjung, Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di sini, hari ini.

Semalam dalam pertembungan tiga penjuru PRK DUN Sungai Kandis, menyaksikan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni memperolehi 15,427 undi menewaskan calon BN Datuk Lokman Noor Adam (9,585 undi) dan calon Bebas K. Murthy (97 undi).

PRK DUN Balakong akan diadakan pada 8 Sept berikutan kematian penyandangnya Ng Tien Chee akibat kemalangan di Lebuhraya Grand Saga, Cheras pada 20 Julai lepas manakala PRK DUN Seri Setia masih belum ditetapkan tarikhnya berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, Khamis lepas akibat kanser usus. – BERNAMA

Tags: Datuk Mahfuz OmarPRK Sungai Kandis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd