• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Sifatkan Keputusan PRK Sg Kandis Sebagai ‘Good Signal’

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hari ini merupakan ‘good signal’ kepada parti itu.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana jumlah undi yang diterima parti itu dalam pilihan raya kecil kali ini tidak jauh berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

“Saya menjangkakan kita kalah teruk malam ini namun perolehan undi itu membuktikan kita mendapat 75 peratus daripada lebih 11,000 yang diperoleh semasa PRU-14 lalu.

“Keputusan tersebut lebih baik daripada PH (Pakatan Harapan) yang saya jangka mendapat 18,000 undi namun hanya memperoleh lebih 15,000 undi sahaja. Justeru, perkara ini kita perlu lihat, kaji dan teliti (kerana undi PH merosot),” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Utama parti itu di sini, malam tadi.

Turut hadir calon BN bagi PRK itu Datuk Lokman Noor Adam.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata peratusan jumlah keluar mengundi rendah turut memperlihatkan sikap protes rakyat terhadap kerajaan PH berikutan kegagalan mereka menunaikan janji manifesto dalam PRU lepas.

“Mungkin kelebihan calon PH yang merupakan anak tempatan yang mana lebih dikenali penduduk setempat menyebabkan kemenangan berpihak kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan keputusan PRK itu, jelas memperlihatkan pola pemikiran pengundi pada masa ini kini semakin sukar dijangka.

Lokman pula berkata walaupun kemenangan tidak berpihak kepada BN, tetapi keputusan PRK itu merupakan titik tolak kebangkitan rakyat.

“Jangan ada yang kecewa dengan kegagalan kita, kita cuma kalah sedikit sahaja. Keputusan ini turut menunjukkan parti ini masih relevan di mata rakyat… pembangkang masih diperlukan untuk membawa suara rakyat,” katanya.

Pertembungan tiga penjuru PRK Sungai Kandis menyaksikan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni mendapat 15,427 undi menewaskan calon BN Datuk Lokman Noor Adam (9,585 undi) dan calon Bebas K. Murthy (97 undi).

Sementara itu Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan PRK itu selain membuktikan bahawa BN berjaya menghalang PKR mencapai majoriti 10,000 orang seperti yang diwar-warkan mereka, ia juga telah melahirkan tunas kerjasama ke arah perpaduan ummah lebih padu, terutama melalui kerjasama awalan UMNO dan PAS.

“Kerjasama ini bakal merubah landskap politik negara tidak lama lagi. Bagi BN ini satu kejayaan kerana berjaya menghalang PKR mencapai sasaran 10,000 majoriti, merendahkan sokongan kepada mereka sebanyak 50 peratus dan membangkit kesedaran majoriti rakyat menolak kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

‘The moment’ Parlimen Bubar, BN Tidak Lagi Bersama Kerajaan Perpaduan – Zahid

‘The moment’ Parlimen Bubar, BN Tidak Lagi Bersama Kerajaan Perpaduan – Zahid

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, BN tidak lagi bersama dengan Kerajaan Perpaduan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd