• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Wajar Jadi Calon PRK DUN Seri Setia

oleh
04/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAHLAH pendedahan akhbar berpengaruh di Singapura, The Straits Times iaitu Kerajaan Selangor akan beli Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan harga RM2.55 bilion.

Terdahulu, waima sehari sebelum itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berdolak dalik apabila perkara ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia awal minggu ini.

Isunya kenapa terlalu mahal? RM2.55 bilion jauh berbeza dengan harga dicadangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu RM250 juta. Cukup jelas amalan “double standard” Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Projek lain seperti MRT3 dan HSR ditangguh serta dikaji semula atas alasan kononnya mahal. Tetapi kenapa pembelian SPALSH yang mahal gila tidak ditangguh dan dikaji semula. Kenapa nampak terburu buru.

Menurut The Straits Times lagi, Kerajaan Pusat akan bayar RM1.9 bilion manakala baki RM650 juta akan dibayar secara berperingkat selama sembilan tahun oleh pihak Pengurusan Air Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari mendakwa Kerajaan Selangor tidak keluar duit sesen pun. Maksudnya sahlah pendedahan akhbar The Straits Times iaitu Kerajaan Pusat yang akan bayar.

Satu lagi isu besar, Pengerusi SPLASH ialah Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah. Dia kuasai saham SPLASH sebanyak 30 peratus. Nampaknya dia untung. Dia ialah kroni Tun Daim Zainuddin, orang kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Maka apakah Daim sebagai Pengerusi Council of Eminent Person (CEP) mempengaruhi segala urus niaga sebegini cepat. Apakah Daim ambil peluang jadi Pengerusi CEP untuk tujuan bisnes, bukan bina Malaysia Baru dijanjikan?

Apakah betul Wan Azmi adalah pengasas bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dicipta Mahathir untuk hancurkan UMNO? Mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tolong lah siasat.

Justeru memang wajar Khalid menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia nanti. Khalid yang lebih memahaminya boleh menjadikan isu ini sebagai bahan kempen utama.

Dan PRK DUN Seri Setia boleh menjadi medan kepada pihak pembangkang dapat melipat gandakan usaha untuk mendedahkan amalan double standard, gejala ketidak telusan dan budaya kronisme oleh Kerajaan PH.

Mohd. Puad Zarkashi
4.8.2018

* Video berikut sekadar hiasan…

Tags: SplashTan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khalid Ibrahim Jelaskan Kenapa Tiada Lagi Air Percuma

26/11/2018
0

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa kecewa terhadap belanjawan negeri Selangor bagi tahun 2019 yang...

Air Percuma Hanya Pada B40 Bukan Sebab Pengambilalihan SPLASH

25/11/2018
0

CYBERJAYA - Kerajaan Selangor menolak dakwaan rancangan untuk menawarkan air percuma 25 meter padu hanya kepada kumpulan B40 berbanding kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd