• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut, 4 Cedera Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun maut manakala empat yang lain cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta lain di Km14.5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kulai, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian melibatkan kereta Proton Perdana dan Volvo itu dilaporkan berlaku pada 3.24 pagi dan mangsa, Terry Ong Teck Rui, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulai.

Mereka yang cedera ialah pemandu Proton Perdana Hee Zhi Yew, 20 (lelaki) serta dua penumpang wanitanya iaitu Teoh Pei Wen, 20 dan Yap Lee Hua, 48 serta pemandu kereta Volvo berkenaan.

“Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Hee yang dinaiki kanak-kanak serta dua wanita berkenaan dilanggar dari arah belakang oleh kereta Volvo dipandu seorang lelaki berumur 37 tahun.

“Kemalangan menyebabkan kesemua pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital dan seorang penumpang iaitu kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia oleh doktor ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata lokasi kemalangan merupakan jalan lurus dua lorong dua hala yang dipisahkan oleh besi pembahagi jalan serta tiada sebarang halangan di atas permukaan jalan.

Katanya sehingga kini pihaknya belum menerima laporan daripada pemandu kereta Volvo berkenaan, dipercayai kerana masih menerima rawatan akibat kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kanak-kanakkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd