• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Didenda RM634 Berpurdah Di Tempat Awam

oleh Ahmad Albab
04/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STOCKHOLM – Seorang wanita berusia 28 tahun menjadi individu pertama didenda di Denmark kerana melanggar undang-undang negara itu yang melarang pemakaian purdah di tempat awam.

Pegawai polis bertugas, David Borchersen memberitahu agensi berita Ritzau, polis dipanggil untuk meleraikan satu pergaduhan membabitkan dua wanita di sebuah pusat beli belah di Horsholm, timur laut Nordsjaelland.

Difahamkan pergaduhan bermula apabila wanita berpurdah itu cuba mempertahankan diri dari membiarkan purdahnya ditarik seorang wanita lain.

“Semasa pergaduhan itu, purdah itu tertanggal namun apabila kami sampai ke lokasi kejadian, wanita terbabit sudah memakainya semula,” kata Borchersen.

Polis mengambil gambar wanita berpurdah itu selain turut mendapatkan rakaman dari kamera keselamatan pusat beli belah terbabit.

Wanita itu kemudiannya diberitahu akan didenda 1,000 kroner (RM634) dan diberi pilihan sama ada menanggalkan purdah atau meninggalkan premis berkenaan.

“Beliau memilih untuk meninggalkan pusat beli belah itu,” kata Borchersen lagi.

Bermula 1 Ogos, individu yang mengenakan purdah di kawasan awam akan dikenakan denda 1,000 kroner (RM634) manakala denda untuk kesalahan berulang boleh cecah sehingga 10,000 kroner (RM6,359). – AFP/BH ONLINE

Tags: Denmarkpurdah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

PM Denmark Hadiahkan Jokowi Album Metallica

29/11/2017
0

JAKARTA- Mengetahui bahawa Presiden Joko "Jokowi" Widodo adalah seorang penggemar muzik genre heavy metal, Perdana Menteri Denmark, Lars Løkke Rasmussen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd