• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Sami Ugut Rahib Lakukan Seks Disiasat

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Satu siasatan menyeluruh oleh lembaga keagamaan China dilancarkan semalam, susulan dakwaan dua bekas sami bahawa seorang ketua sami Buddha ternama yang juga ahli Parti Komunis memaksa beberapa rahib mengadakan hubungan seks bersamanya.

Kes berprofil tinggi membabitkan dakwaan terhadap Xuecheng dan Biara Longquan Beijing itu menjadi perhatian ramai apabila dokumen setebal 95 muka surat hasil tulisan bekas sami tular di internet awal minggu ini, antara lain mendakwa biara berkenaan turut mengalami kemelut kewangan.

Xuecheng dituduh menghantar mesej lucah kepada sekurang-kurangnya enam wanita, merangsang atau mengugut mereka supaya mengadakan hubungan seks dengannya.

Laporan itu menyebut, empat daripada enam wanita berkenaan menunaikan permintaan Xuecheng dan lelaki terbabit turut didakwa cuba menguasai fikiran mangsa dengan berkata, seks adalah sebahagian daripada pengajian agama Buddha yang mereka pelajari.

Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Keagamaan menerusi satu kenyataan berkata, mereka telah menerima beberapa bahan dan sedang menjalankan proses siasatan serta pengesahan untuk semua dakwaan itu.

Jabatan berkenaan menambah, mereka mengambil serius kesemua tuduhan berkenaan.

Biara berkenaan pada Rabu lalu menyelar penyebaran dokumen berkenaan dengan mendakwa ia mengandungi bukti palsu dan menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan untuk mencemarkan imej Xuecheng serta reputasi biara terbabit.

“Bukti palsu itu adalah cubaan berterusan untuk merosakkan imej Guru Xuecheng dan boleh dianggap satu jenayah,” kata biara berkenaan dalam satu kenyataan menggunakan akaun Twitter Xuecheng.- AFP

Tags: gangguan seksualSami Buddha
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

17/10/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang siak masjid ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd