• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahril Ridza Ridzuan Dilantik Pengarah Urusan Khazanah

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad umum pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan syarikat itu.

Beliau dijadual memulakan tugas pada 20 Ogos ini.

Shahril Ridza, 48, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilantik memegang jawatan itu pada 16 April 2013.

Sebelum menyertai KWSP, Shahril Ridza merupakan Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di mana beliau bertanggungjawab membangunkan KL Sentral menjadi salah satu pusat komersial utama di Malaysia.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan terlibat dalam pemulihan korporat dan penstrukturan semula kredit berikutan Krisis Kewangan Asia 1997.

Shahril Ridza juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif Media Prima Bhd, Malaysian Building Society Berhad, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, MRCB dan IJN Holdings Sdn Bhd.

Shahril Ridza memiliki Ijazah Sarjana Seni dari Universiti Cambridge dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Sivil dari Universiti Oxford. – Astroawani.com

Tags: Khazanah Nasional BerhadPengarah Urusan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RGBI Sahkan Pengarah Urusannya Disiasat SPRM, Nafi Terbabit Dalam ‘Pembiayaan Politik’

RGBI Sahkan Pengarah Urusannya Disiasat SPRM, Nafi Terbabit Dalam ‘Pembiayaan Politik’

30/08/2023
0

KUALA LUMPUR: RGB International Bhd (RGBI) iaitu syarikat yang dikaitkan membiayai kempen pilihan raya di negara ini, mengesahkan seorang pengarah...

Sindiket Rasuah Kuota Tiket Umrah: Pengarah Urusan Pula Ditahan SPRM

Sindiket Rasuah Kuota Tiket Umrah: Pengarah Urusan Pula Ditahan SPRM

12/02/2023
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd