• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ladang Babi Cemar Alam Sekitar Bakal Dikenakan Tindakan

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Setelah operasi kilang haram kitar semula bahan plastik yang mencemarkan alam sekitar di daerah ini berakhir, pihak berkuasa kini memberi tumpuan terhadap aktiviti ladang babi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San berkata, operasi tersebut melibatkan kawasannya sahaja dan tidak melibatkan kawasan lain di daerah ini.

“Kita hanya melakukan operasi di ladang-ladang ternakan khinzir kawasan Banting sahaja, tidak termasuk di Tumbuk (Ladang Tumbuk, Sepang).

“Buat masa ini kita masih menyemak kawasan terlibat. Segalanya masih dalam proses mengenalpasti kawasan yang terlibat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pemeriksaan ke atas kilang-kilang haram kitar semula bahan plastik di kawasan DUN Banting, di sini semalam.

Mengulas mengenai operasi kilang haram tersebut, Weng San memberitahu, ia adalah operasi kedua melibatkan lapan kilang di beberapa kawasan di bawah DUN Banting setelah operasi sama dilakukan di tujuh kilang, minggu lalu.

Menurutnya, serbuan di dua kilang haram tersebut mendapati ia tidak beroperasi dan seorang pekerja yang berada di kawasan kilang ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Pihak kami dan kesemua agensi terlibat akan meneruskan operasi seterusnya melibatkan kira-kira 23 buah lagi kilang haram kitar semula yang menjadikan kesemuanya sebanyak 38 kilang.

“Saya berharap operasi yang kita lakukan bagi memastikan alam sekitar terpelihara dapat memberi kesedaran kepada pengusaha kilang untuk beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa,” ujarnya.

Beliau menambah, operasi tersebut melibatkan 70 agensi penguat kuasa dari Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat, Polis Diraja Malaysia, Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). – UTUSAN ONLINE

Tags: MDKLPenternak Babi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor ‘Says No’ Penternakan Babi Di Selangor ‘So NO lah! – Azhar Sulaiman

Sultan Selangor ‘Says No’ Penternakan Babi Di Selangor ‘So NO lah! – Azhar Sulaiman

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Selebriti tanah air, Azhar Sulaiman menyeru anggota masyarakat mempertahankan institusi raja daripada cuba diperlekehkan. Tegas beliau, Yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd