• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Kongsi Kesedihan Pemergian Adun Seri Setia

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkongsi kesedihan atas pemergian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus semalam.

Beliau yang tiba pada kira-kira 9.05 minit pagi tadi di Masjid Jamiurrahmah Kampung Limau Manis, Kajang bagi menziarahi jenazah Allahyarham, menitipkan doa agar roh arwah dicucuri rahmat.

“Kita sedih kehilangan beliau yang juga Exco Selangor. Kita doakan roh diberi segala pengampunan dan mendapat reda Allah serta ditempatkan bersama orang beriman,” katanya ketika ditemui pemberita.

Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis Zawawi Ahmad Mughni yang turut ditemui di masjid sama menyifatkan Allahyarham seorang ilmuan dan aktivis yang sangat komited dengan tugas.

“Allahyarham juga seorang yang mempunyai wawasan yang jelas dalam membangunkan masyarakat negeri dengan budaya ilmu. Beliau juga seorang rakan yang baik, bagi saya pemergian beliau satu kehilangan besar bagi negeri Selangor,” katanya.

Allahyarham Shaharuddin meninggal dunia pada kira-kira 6.30 petang semalam di Hospital Putrajaya. ​​​​Beliau meninggalkan isteri Adibah Ahmad, 57 tahun dan enam orang anak.

Terdahulu, jenazah dibawa dari kediamannya di Desa Pinggiran Putra untuk disembahyangkan di Masjid Jamiurrahmah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis, Kajang kira-kira pukul 10 pagi ini.

Ratusan kenalan dan waris hadir mengiringi perjalanan akhir Allahyarham dan antara yang turut menziarahi jenazahnya ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari, Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. – BERNAMA

Tags: Adun Seri Setia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Nafi Adun Seri Setia Kritikal

31/07/2018
0

SHAH ALAM – Keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin menafikan sekeras-kerasnya laporan media bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd