• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kesihatan Puas Hati Selepas Lawatan Ke Sabah

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berpuas hati selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sempena lawatan kerja beliau yang pertama ke Sabah semalam.

Beliau berkata pertemuan tertutup dan berasingan dengan pegawai kesihatan di Kota Kinabalu itu adalah untuk mengena lpasti permasalahan yang wujud dalam kalangan pegawai perubatan yang digambarkan sebagai “budaya kerja toksik” di hospital.

Dzulkefly berkata hasil pertemuan itu, beberapa perkara turut ditimbulkan selain isu melibatkan polisi, kekangan dalam menjalankan tugas serta isu berkaitan perancangan dan pembangunan fasiliti kesihatan.

“Tujuan diadakan perjumpaan berasingan dan tertutup adalah mendengar dan meneliti perspektif yang berbeza daripada Pegawai Perubatan Siswazah (PPS), pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar mengenai situasi kerja mereka serta kekangan yang dihadapi,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Selain itu, beliau turut diberi taklimat mengenai operasi Hospital Queen Elizabeth (HQE) serta kekangan yang dihadapi terutama perkhidmatan forensik dan ambulans.

Beliau berkata meskipun menghadapi keterbatasan fasiliti pakar perubatan forensik, Hospital Queen Elizabeth berjaya mengendalikan pelbagai perkhidmatan forensik di Sabah.

Bagaimanapun, Dzulkefly berkata dalam lawatan mengejutnya ke klinik kesihatan Putatan, beliau mendapati fasiliti klinik itu perlu diberi perhatian antaranya siling di bilik pemeriksaan yang tidak selamat, penghawa dingin tidak berfungsi, dua mesin ‘Full Blood Count (FBC)’ rosak dan kekurangan “reagen” untuk mesin ujian biokimia yang berulang.

“Sehubungan itu saya komited untuk membincangkan semua permasalahan tersebut sama ada di peringkat pengurusan tertinggi KKM atau Kabinet bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkesan dan terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd