• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Adun Seri Setia Dibawa Keluar Hospital Putrajaya

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin, 56, dilihat dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Putrajaya menaiki van jenazah pada pukul 9.30 malam.

Shaharuddin yang juga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.28 petang tadi di hospital yang sama.

Setiausaha Kanan kepada Shaharuddin, Zafrullah Aris ketika ditemui media di sini mengesahkan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Pinggiran Putra, Kajang malam ini selepas selesai dikafankan dan dimandikan di hospital berkenaan.

“Dijangka jam 9 pagi esok jenazah akan dibawa ke Masjid Jamiurrahmah Kampung Limau Manis, Sungai Merab dan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis,” katanya.

Antara yang hadir termasuk Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, beberapa anggota keluarga dan kenalan Allahyarham turut dilihat hadir untuk menziarahi Allahyarham.

Menurut Zafrullah, Shaharuddin mula menerima rawatan di Hospital Putrajaya sejak Selasa lalu, bagaimana pun tidak dapat dipastikan penyakit yang dihidapinya.

Media sebelum ini melaporkan Shaharuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu, Shaharuddin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.

Beliau kemudian dilantik menjadi anggota Exco kerajaan negeri dan mengangkat sumpah jawatan pada 14 Mei lalu. – BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd