• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada F1 Di Sepang – Syed Saddiq

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarbangsa Sepang (SIC) tidak akan ‘dihidupkan semula’ berikutan penganjurannya membabitkan belanja yang tinggi.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kerajaan bercadang memberi tumpuan terhadap sukan perlumbaan motor, sejajar hasrat ingin mentransformasikan SIC sebagai hab sukan permotoran negara dan bandar sukan permotoran.

“Buat masa ini, F1 tidak menjana pendapatan dan kosnya teramat tinggi setiap tahun.

“Kerajaan perlu mengeluarkan AS$50 juta (RM203.74 juta) hingga AS$70 juta (RM285.24 juta) untuk menampung kos Formula One sebelum ini.

“Pada peringkat awal diasaskan, ia teramat baik kerana hanya ada satu dua litar di Asia.

“Bilangan penonton sangat tinggi tetapi sekarang Singapura, Dubai dan Abu Dhabi sudah ada (litar). Kos mencecahAS$70 juta (RM285.24 juta), awal dulu AS$12 juta (RM48.90 juta) tetapi pendapatan menurun,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq berkata, barisan kepemimpinan SIC dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan memberi penekanan terhadap sukan permotoran dua roda seperti Moto2, Moto3 dan MotoGP.

Katanya, perlumbaan MotoGP akan berlangsung bulan depan ini dan jualan tiket amat menggalakkan

“Jualan tiket bagi corporate box (ruang korporat) hampir penuh dan ini menjana pendapatan teramat tinggi.

“Visi ini diharap bukan saja melahirkan pelumba tetapi juga mencipta rangkaian seperti jurutera, perisian dan pindahan teknologi melalui MotoGP,” katanya. – BH Online

Tags: F1perbelanjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Harus Waras Dan Bijak, Kurangkan Kos Yang Mana Perlu” – PM Anwar

“Semua Harus Waras Dan Bijak, Kurangkan Kos Yang Mana Perlu” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbiran kerajaan harus bijak dan waras dalam mengenal pasti keutamaan...

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Hari Ini Tak Sama Macam Dulu – Dr. Armand Azha

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Hari Ini Tak Sama Macam Dulu – Dr. Armand Azha

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ramai menyangka menjadi Ketua UMNO Bahagian hari ini masih seperti zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd