• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Amyra Hamil Rupanya Julia Ziegler

oleh
02/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Amyra Rosli menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tular tersebar menerusi Internet baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin, 32, ini memberitahu perkara itu tidak benar sama sekali malah dia tidak mempunyai simptom hamil.

“Tidak benar (hamil), saya tidak periksa kerana tiada simptom-simptom hamil pun,” katanya.

Selasa lalu, berita kehamilan Amyra tersebar selepas didakwa telah didedahkan oleh aktres Julia Ziegler di laman sosialnya.

Bagaimanapun, menurut Amyra, terdapat salah faham menerusi foto berkenaan yang sebenarnya menjelaskan bahawa Julia Ziegler yang bakal menimang cahaya mata.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang reaksi suaminya Amar Baharin berkaitan hal itu, Amyra berkata, pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan itu hanya terkedu.

Selain itu, menjawab soalan tentang cahaya mata lelaki atau perempuan yang diinginkan jika dia benar-benar hamil, Amyra berkata dia mahu kedua-duanya.

Malah, dia tidak meletakkan sasaran berapa ramai jumlah anak yang dimahukan.

“Tidak kisah berapa ramai, selagi termampu,” ujarnya.

Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 10 bulan. – mStarOnline

Tags: Amyra RosliArtis HamilJulia Ziegler
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aidil Menangis Kerana Fasha Hamil

22/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Pelakon Aidil Aziz berkongsi berita gembira dengan netizen apabila memaklumkan isterinya, Fasha Sandha sedang hamil tiga minggu....

Amyra Tak Tolak Rezeki Hamil Lagi

26/02/2019
0

KUALA LUMPUR: Lebih setahun melahirkan anak sulung, pelakon Amyra Rosli mengakui, sudah bersedia sekiranya diberikan rezeki untuk hamil semula. Amyra...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd