• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Kekalkan Sasaran Jualan 2018

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perodua mengekalkan sasaran jualan sebanyak 209,000 unit pada tahun ini, walaupun persekitaran djangkakan agak mencabar berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 Sept 2018.

Syarikat itu juga mengekalkan sasaran pengeluaran sebanyak 215,300 kenderaan, naik 7.5 peratus daripada 200,100 kereta yang dikeluarkan pada tahun lepas, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh.

Walaupun syarikat masih tidak jelas mengenai mekanisma SST, beliau menjangkakan orang ramai akan melalui suatu tempoh penyesuaian dan ini akan menyebabkan permintaan menyusut sementara.

“Mungkin impak tersebut akan berlangsung sehingga Disember 2018 di mana kebanyakan peneraju automatif akan memberikan tawaran yang baik bagi mengurangkan lebihan stok mereka sebelum melangkah ke tahun berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aminar Rahsid ketika bercakap mengenai prestasi syarikat bagi separuh pertama tahun ini, memberitahu Perodua telah mencapai rekod setengah tahun sebanyak 117,100 kenderaan, menokok 17.5 peratus dari tahun ke tahun berbanding 99,700 unit yang dijual dalam separuh pertama 2017.

“Perodua menguasai 40.4 peratus pasaran daripada 289,700 jumlah keseluruhan industri (TIV) dalam separuh pertama 2018, ini juga adalah rekod setengah tahun,” katanya.

Beliau mengaitkan peningkatan jualan kepada permintaan yang lebih kukuh bagi Myvi baharu dan lain-lain model termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar menjelang hujung suku kedua tahun ini.

“Jualan kami memuncak pada Mei iaitu hampir 22,000 unit. Bagaimanapun, kami tidak menjangkakan momentum ini akan berterusan sepanjang baki tahun ini,” katanya.

Dari tahun hingga sekarang, terdapat 117,100 kereta Perodua yang telah didaftarkan, diterajui oleh Myvi (46,860 unit), Axia (33,870 unit), Bezza (23,555 unit) dan Alza (12,815 unit).

Katanya, model-model itu juga mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen masing-masing, sambil menambah bahawa Myvi baharu kekal sebagai model paling popular sejak dilancarkan pada November 2017.

Pengeluaran kenderaan juga bertambah sebanyak 10 peratus, dari tahun ke tahun dalam separuh pertama 2018 kepada 109,000 unit daripada 99,000 unit.

Syarikat juga telah membeli kira-kira RM2.28 bilion alat ganti dan komponen dari vendor pada separuh pertama 2018, berbanding RM2.33 bilion pada separuh pertama 2017 disebabkan penjimatan daripada kadar pertukaran asing.

Perodua telah menerima lebih 185,000 tempahan dalam tempoh yang sama, peningkatan sebanyak 24 peratus daripada separuh pertama 2017.

“Pesanan telah melebihi 40,000 pada Jun sahaja dan Perodua sedang bekerja keras bagi memenuhi permintaan,” katanya, sambil menambah bahawa tempahan yang dibuat pada bulan ini hanya akan mampu dipenuhi dari 1 September dan seterusnya.

Sementara itu, beliau berkata langganan perkhidmatan Perodua di 179 pusat penyelenggaraan syarikat itu telah naik sebanyak enam peratus dari tahun ke tahun dalam separuh pertama 2018 kepada 1.08 juta daripada 1.026 juta kenderaan sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Perodua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd