Beregu Lelaki Ke Suku Akhir Di Nanjing

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar kejutan apabila mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, hari ini.

Pasangan muda negara itu menundukkan pilihan kelapan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-18, 21-16 dan akan bertemu sama ada Goh V Shem-Tan Wee Kiong atau Lee Jun Hui-Liu Yuchen yang akan beraksi petang ini.

Sementara itu, gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal ke suku akhir selepas tewas 22-20, 14-21, 6-21 kepada Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa.

Turut tersingkir pasangan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean selepas tewas 18-21, 13-21 kepada pilihan kelima dari Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu.- UTUSAN ONLINE

Related Posts

No Content Available

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.