• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana ‘Pasu-Pasu Bunga’ Dalam DAP

oleh
02/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA yang kita nak terkejut apabila beberapa YB DAP berbangsa Cina berjuang mahu UEC diiktiraf dan mahu SMPC diberikan dana oleh kementerian pendidikan.

Apa nak hairan apabila YB Kulasegaran mahu mengangkat martabat kaum India dengan mengatakan kaum India sampai ke bumi Malaysia lebih awal dari orang Melayu. Tetapi hari ini sudah minta maaf pulak.

Selepas ini, saya berani jamin akan ada banyak lagi isu-isu melibatkan kaum Cina dan India yang akan diperjuangkan oleh wakil-wakil rakyat DAP sama ada di Parlimen atau menerusi dasar-dasar baru yang mungkin diperkenalkan.

Ini sesuatu yang normal kerana ia sejajar dengan hakikat keputusan PRU14 yang menunjukkan majoriti pengundi DAP datangnya dari kedua-dua kaum tersebut.

Tetapi, yang menghairankan ialah kenapa sekumpulan kecil yang terdiri daripada seorang ahli parlimen dan 8 ADUN dari DAP berbangsa Melayu ‘diam membisu’ sejak 9 Mei yang lalu.

Isu-isu seperti peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu dan kian terhimpit dengan kejatuhan harga sawit, pemerkasaan para pelajar sekolah tahfiz serta dana untuk pendidikan Islam, penambah baikan bahasa Melayu di kalangan penduduk negara ini dan sebagainya langsung tidak disebut apatah lagi diperjuangkan.

Apakah pula pendirian YB-YB DAP berbangsa Melayu ini dalam isu-isu seperti UEC, isu kononnya Melayu adalah pendatang, cubaan pimpinan atasan DAP yang kononnya terkait LTTE mahu mengusir Dr Zakir Naik serta perubahan peranan dan fungsi MARA yang sedikit-sebanyak mengguris hati masyarakat Melayu di negara ini.

Jadi saya tertanya-tanya, sampai bila YB-YB Melayu ini nak jadi ‘pasu bunga’ dalam parti yang didominasi satu kaum itu tatkala senario politik negara cukup mencabar sejak peralihan kerajaan pada 9 Mei yang lalu.

Untuk makluman, istilah ‘pasu bunga’ ini buat pertama kalinya terpacul dari mulut seorang pemimpin kanan DAP kepada saya sebelum PRU yang lepas sebagai luahan perasaan dalam membandingkan DAP sekarang dengan DAP di zaman adanya arwah Ahmad Nor.

Amran Ahmad Nor
Ahli seumur hidup DAP
Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP

Tags: DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd