• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Petrol Menyeluruh Tidak Adil – Najib

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem pengagihan subsidi petrol secara menyeluruh didakwa tidak adil kerana hanya menguntungkan golongan berpendapatan tinggi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kajian kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini menunjukkan golongan berpendapatan tinggi lebih banyak menerima manfaat berbanding rakyat miskin bagi subsidi petrol.

Ahli Parlimen Pekan itu turut memberi analogi bagaimana pengagihan subsidi petrol menjadi tidak adil sekiranya digunakan individu kaya yang memandu kenderaan mewah setiap hari di bandar sesak

“Petani di luar bandar menunggang motosikal bagi perjalanan dekat atau seorang kakitangan di pejabat yang menaiki LRT ke tempat kerja setiap hari dan hanya menggunakan keretanya pada hujung minggu?

“Jadi (kesamarataan subsidi) sangat tidak adil. Golongan kaya tidak seharusnya menjadi kumpulan 80 peratus yang menerima manfaat dari subsidi petrol.

“(Itu) Justifikasi terhadap keputusan untuk mengapung harga petrol pada November 2014,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Najib mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri keempat tidak pernah memberi subsidi petrol, malah mengenakan cukai ke atasnya pada kadar 58.62 sen bagi setiap liter petrol dan 19.64 sen bagi setiap liter diesel.

Katanya, Dr Mahathir mengenakan cukai terhadap bahan bakar itu dan bukan memberi subsidi kerana harga minyak dunia pada masa itu rendah iaitu antara AS$10 hingga AS$20 setiap tong berbanding AS$75 setong pada masa ini.

“Harga minyak dunia juga pernah mencecah AS$120 setong semasa saya mentadbir. Maka, adalah tidak benar apa yang disebar kononnya pada era itu rakyat menerima subsidi untuk minyak kenderaan.

“Ketika Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1981, harga petrol RON92 adalah 89 sen seliter. Ketika persaraannya pada 2003, harga naik ke RM1.35 seliter atau 52 peratus lebih tinggi,” katanya.

Justeru, Najib berpandangan penjimatan dari penamatan subsidi petrol itu dapat digunakan bagi menaikkan gaji kakitangan awam rendah atau bantuan terus melalui bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) atau bantuan lain kepada golongan miskin.

“Ketika saya menjadi Menteri Kewangan pada 23 September 2008, harga RON97 adalah RM2.55 seliter manakala RON92 adalah RM2.40.

“Langkah pertama yang saya ambil adalah mengurangkan harga petrol secara berkala,” katanya.

Najib ketika pentadbirannya menghapuskan RON92 dan menggantikannya dengan petrol lebih berkualiti iaitu RON95 pada harga RM1.80 seliter.

Ketika BN hilang kuasa pada Mei lalu, harga RON95 adalah RM2.20 seliter, masih lagi rendah berbanding RON92 yang dijual pada RM2.40 ketika Najib menjadi Menteri Kewangan pada 2008.

Walaupun tanpa subsidi petrol, rakyat tidak dikenakan cukai dan harga petrol RM2.20 seliter adalah yang ke-15 paling rendah di dunia dan sama harga dijual di Arab Saudi pada 2008. – BH Online

Tags: pengagihansubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDNHEP Akan Teruskan Dasar Sedia Ada Yang Baik

12/03/2020
0

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan dasar dan strategi sedia ada yang baik...

Kabinet Tentukan Pelaksanaan PSP – Saifuddin

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyerahkan keputusan untuk melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd