• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zul Ariffin Intim Dengan Gadis Ukraine?

oleh
01/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Zul Ariffin mahu membiarkan ‘masa’ jawab segala persoalan mengenai perhubungannya dengan seorang gadis dari Ukraine, seperti yang tular di Internet sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun aktor berusia 32 tahun ini menafikan dia bercuti dengan wanita bernama Tanya Glembotska di Phuket, Thailand.

“Saya mengenalinya ketika berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni pertahan diri dan dia juga jalani sesi latihan yang sama,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve, malam tadi.

Ditanya mengenai ukiran namanya di jari wanita tersebut, Zul berkata, dia sendiri tidak menjangka wanita itu akan melukis inai namanya di jari.

“Ia sangat pelik kan. Tulisan nama saya di jarinya itu hanya inai sahaja. Saya tak jangka reaksi sebegitu dan saya sendiri tak akan buat macam tu.

“Saya tak ada jawapan mengenai perkara itu. Saya tak ada beri apa-apa harapan dan saya layan dia sama macam orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lebih lanjut perkara tersebut dan membiarkan sahaja netizen membuat andaian sendiri.

“Kalau saya cakap sesuatu, mereka akan membuat andaian dan menghukum. Baik atau buruk perkara itu, tak ada beza.

“Saya biarkan mereka buat andaian. Saya akan diam. Kalau komen kiri atau kanan tak ada beza. Mereka tak tahu apa-apa. Biar masa yang menceritakan,” katanya.

Sebelum ini, hubungan Zul dan pelakon Zahirah MacWilson telah berakhir pada awal April lalu.

Zul juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit Gayatri Su-Lin namun mereka berpisah sekitar 2015. – SinarHarianOnline

Tags: artis bercintaZul Ariffin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zul Ariffin Disiasat Angkara Babak Lucah

22/03/2022
0

PUTRAJAYA – Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip...

Video Panas Mirip Zul Ariffin Pulak

12/12/2019
0

“SEDANGKAN muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya,” kata pelakon popular Zul Ariffin mengenai penularan video panas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd