• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liwat: Warga Nepal Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebat

oleh Ahmad Albab
01/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang banduan lelaki warganegara Nepal dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan liwat serta seks oral terhadap tahanan lain di dalam sel Penjara Sungai Buloh, tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap tertuduh, Tira Ram Gmimire, 27, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seorang tahanan lelaki berusia 24 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di Bilik 57, Blok Damai, Penjara Sungai Buloh pada 9 November 2017 pada jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut tahanan yang sama pada jam 12.05 tengah malam hingga 1 pagi pada hari dan tempat sama.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan itu yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh di dalam rayuannya memohon agar hukuman diringankan dikenakan terhadapnya atas alasan dia menyesali perbuatannya.

Bagaimanapun, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara 10 tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan kedua.

Hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan serentak mulai 10 November 2017. – BH ONLINE

Tags: kes liwatwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd