• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tourism Perak Lancar Pakej Pelancongan Sempena SUKMA

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tourism Perak bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Perak melancarkan tujuh pakej pelancongan bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke negeri itu sempena Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing berkata tujuh pakej tersebut yang dinamakan sebagai ‘Chor 1’ hingga ‘Chor 7’ setiap satunya merangkumi penginapan, pengangkutan dan jelajah ke beberapa tempat menarik di seluruh negeri.

“Setiap satu pakej Chor mempunyai beberapa pecahan pakej lain yang boleh dipilih dan harga yang ditawarkan adalah berpatutan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pakej promosi Sukma ke-19 di sini, hari ini.

Chor adalah nama seladang yang dipilih sebagai maskot rasmi Sukma 2018 yang akan berlangsung pada 12 Sept hingga 22 Sept.

Selain itu, Tan berkata pakej pelancongan terbabit melibatkan 6,350 bilik di 66 hotel bertaraf satu hingga lima bintang di seluruh negeri.

Tan berkata orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej berkenaan boleh mendapatkan risalah di hotel-hotel terlibat atau melayari laman sesawang Tourism Perak.

Katanya setakat ini kadar tempahan bilik di kawasan Ipoh telah mencecah sehingga 70 peratus terutama semasa hari perasmian pembukaan pada 11 Sept dan penutupan pada 22 Sept.

Sukma 2018 mempertandingkan sebanyak 29 jenis sukan melibatkan 427 acara di 40 venue di semua 12 daerah seluruh negeri. – BERNAMA

Tags: PelancongSUKMA 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd