• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan PM Khianati Prinsip PH – Nasrudin

oleh Ahmad Albab
01/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) disifatkan bercanggah dengan tekad Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk memastikan tiada campur tangan politik dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, ketika menyuarakan ketidakpuasan itu berkata PH wajar melihat semula janji ke-22 mereka yang menggariskan hasrat menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan setaraf piawaian antarabangsa.

Beliau berkata, ia secara jelas menyatakan bahawa pelantikan ahli lembaga pengarah dalam GLC nasional dan negeri adalah dalam kalangan profesional serta bukan berdasarkan kaitan politik.

“PH juga harus sedar bahawa mereka yang menentang pemusatan dan langkah membolot kuasa Perdana Menteri sehingga boleh memanipulasi institusi penting negara.

“Oleh itu, PH mencadangkan jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja dan tidak membenarkannya memegang jawatan lain, terutama Menteri Kewangan.

“Seperti kita maklum, Khazanah adalah syarikat bawah pemilikan Menteri Kewangan Diperbadankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Khazanah yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan PMO, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bersama Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Sukhdave Singh dan Pengerusi Maybank Asset Management Group Bhd., Goh Ching Yin.

Nasrudin berkata, pelantikan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Khazanah seolah-olah mengkhianati prinsip urus tadbir digagaskan PH, sekali gus membuktikan mereka tiada sebarang perbezaan dengan Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan Persekutuan disaran merujuk semula amalan urus tadbir lebih telus seperti digariskan Pertubuhan Pembangunan Kerjasama Ekonomi (OECD).

“Rakyat tentu tidak mahu percanggahan kepentingan dan salah guna kuasa antara Perdana Menteri dengan Khazanah,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Nasrudin Hassan TantawiTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd