• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komunis Tidak Layak Diangkat Sebagai Pejuang Kemerdekaan

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Perlis menegaskan, pihak komunis akan selamanya kekal sebagai pengganas dan tidak layak diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.

Yang Dipertuanya Datuk Idrus Kassim berkata setiap kekejaman yang dilakukan pihak komunis terhadap pasukan keselamatan negara merupakan fakta sejarah yang tidak mampu diubah dan akan diingat selamanya.

“Pengganas tetap pengganas dan sampai bila-bila pun tidak boleh dimegah-megahkan untuk diangkat mereka sebagai pejuang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas forum bertajuk ‘Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?’ yang dianjurkan ‘Imagined Malaysia’ bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubah sejarah zaman darurat.

Dalam forum tersebut, beberapa panelis menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks Sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskhah rujukan utama pelajar sekolah.​​​​

Dalam pada itu, Idrus berkata forum seumpama itu tidak sepatutnya diadakan secara terbuka kerana ia amat sensitif terutama kepada keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis.

“Semua orang tahu tentang kekejaman komunis, buat apa nak dibincangkan lagi. Lebih dikesali isu ini turut dibangkitkan oleh orang berbangsa Melayu sedangkan majoriti yang menjadi mangsa kekejaman komunis adalah orang-orang dan askar Melayu.

“Pihak penganjur sepatutnya lebih berhati-hati dalam memilih tajuk dan sebaiknya dirujuk kepada pihak berkaitan kerana apabila ada rasa tidak puas hati rakyat, akan timbul huru hara dalam negara,” katanya.

Idrus juga berharap kerajaan PH tidak akan melayan sebarang cadangan berhubung perkara tersebut walaupun ia datang daripada penyokong PH sendiri. – BERNAMA

Tags: pengganas komunisPersatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sampai Memuja Yang Menzalimi

08/08/2018
0

KENYATAAN beberapa tokoh politik untuk memasukkan sejarah perjuangan komunis dalam buku teks mengundang kontroversi yang tidak enak dibahaskan. Apatah lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd