• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dimamah Ulat, Tahan Sakit, Lapar 3 Hari, Demi Negaraku

oleh
31/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Walaupun dimamah ulat dan terpaksa menahan kesakitan dan rasa lapar selama tiga hari berikutan terkena dua tembakan, Renjer Abang Bolhi Abang Doladi tetap bertarung nyawa untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan komunis dalam satu pertempuran di Hutan Ulu Kinta Perak pada tahun 1971.

Dalam Operasi Iblis 1971 (Op Iblis), Abang Bolhi yang berasal dari Sri Aman, Sarawak terkena tembakan di bahagian belakang sehingga menembusi dada kanan dan satu lagi tembakan di jari kelingking kirinya dalam pertempuran itu.

Berpegang kepada kata-kata azimat ‘Agi Idup Agi Ngelaban’, pemuda yang hanya berusia 24 tahun ketika itu dan sudah mengalami kecederaan, berjaya melepaskan beberapa tembakan dan membunuh tiga penganas komunis.

Namun begitu, berikutan kedudukan pada ketika itu di kawasan cerun yang tersembunyi, beliau terpaksa menahan kesakitan dan kelaparan selama tiga hari kerana gagal ditemui rakan seperjuangannya.

“Berikutan kecederaan, saya tidak boleh bergerak dan luka di badan mulai dimamah ulat… Selama tiga hari, saya terpaksa menahan lapar dengan hanya minum air sahaja.

“Masa itu, saya bertekad untuk hidup kerana mahu berjumpa ibu bapa saya yang berada di kampung… syukur kerana Tuhan memanjangkan usia saya sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini hari ini.

Abang Bolhi berkata kecederaan yang dialami itu mengambil masa hampir lima bulan untuk sembuh namun beliau menyifatkan ia hanya ‘perkara kecil’ kerana hasratnya adalah untuk memperjuangkan kedaulatan negara daripada serangan komunis.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis yang penuh istiadat itu.

Pada sambutan Hari Pahlawan hari ini, pantomime “Operasi Iblis 1971” dipersembahan untuk mengenang jasa Kapten Mohana Chandran yang terkorban dalam pertempuran dan mencederakan Abang bolhi dan renjer Bajau Ladi.

Abang Bolhi bersama lima lagi rakan seperjuangan dalam pertempuran itu diberi penghormatan menghadap Sultan Muhammad V.

Op Iblis dilancarkan oleh Markas Briged Kedua lnfantri Malaysia pada tahun 1971 berikutan penemuan kehadiran pengganas komunis di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.

Ia digerakkan bagi mencari dan memusnahkan Unit Penggempur ke-5 Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang menjadikan kawasan Bukit Berapit, Air Kala, Hutan Simpan Kinta dan Slim River, Perak sebagai kubu baharu mereka.

Pada 3 Jun 1971, kumpulan tinjau khas berkekuatan 23 orang anggota campuran yang diketuai Mohana Chandran bergerak menuju ke kawasan Tanah Hitam Chemor melalui Hutan Rizab Bukit Kinta, Perak bagi mengesan pengganas komunis itu.

Pada 13 Jun 1971, kumpulan itu diaturgerak dan berjaya mengesan kem musuh yang mempunayi 25 hingga 30 orang komunis dan atas taat setia dan semangat cintakan negara, Mohana Chandran dan kumpulannya telah menyerang kedudukan kem musuh.

Dalam kejadian berbalas tembakan, Mohana Chandran terkena tembakan tetapi beliau tetap berjuang dan berbalas tembakan sehingga sebutir peluru musuh menembusi kepalanya. – BERNAMA

Tags: Hari Pahlawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Selamat Hari Pahlawan Kepada ATM, PDRM

PM Ucap Selamat Hari Pahlawan Kepada ATM, PDRM

31/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan...

Jerebu: Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2019 Ditangguh

18/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 yang dijadualkan berlangsung pagi esok ditangguhkan berikutan jerebu. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd