• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Tikam Belakang, Dedah PAS Dalam Mesyuarat

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendedahkan PAS sewaktu Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) semalam mengakui rancangan untuk melaksanakan undang-undang Hudud yang menjadi pertikaian diantara kedua-dua parti tidak terkandung dalam Dasar Bersama PR.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun mendedahkan, PAS pada mesyuarat itu mendakwa undang-undang Hudud itu diluluskan oleh parti berkenaan pada era 90an iaitu sebelum PR dibentuk.

Katanya, situasi itu berbeza berbanding pendirian DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tersirat dalam Dasar Bersama PR yang ditetapkan pada Disember 2009 dengan menggunakan ungkapan “memperkukuh demokrasi kerajaan tempatan”.

“Ia juga terkandung secara tersurat dalam Manifesto Pilihanraya Umum PR Pulau Pinang yang menyebut tentang pelaksanaan pilihan raya PBT selain Manifesto Pilihanraya Umum PR Selangor 2013 yang menyebut `menjalankan desentralisasi menerusi pelaksanaan secara bertahap plihan raya PBT.

“Hal ini dipersetujui oleh ketiga-tiga parti di negeri berkenaan. Selain itu, tiada parti politik dalam PR pernah mengemukakan usul dalam Perhimpunan Agung atau Muktamar mereka untuk menentang pilihan raya PBT,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, kata Guan Eng, tidak kira sama ada penyelesaian kedua-dua isu boleh dicapai kerana yang penting Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang melibatkan pemimpin ketiga-tiga parti semalam berjaya dilaksanakan.

PR semalam mengumumkan belum membuat sebarang kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya pihak PBT yang menjadi perbalahan di antara DAP dan PAS. – mynewshub.cc

Video: Mesyuarat PR Selesai Kurang Satu Jam, Gagal Capai Keputusan Mengenai Hudud Dan PBT

https://www.youtube.com/watch?v=brOa40Kdn5U

Tags: Lim Guan Engpakatan rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd