• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SMK Sungai Besar Raih Pingat Gangsa Pertandingan Robotik

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar meraih pingat gangsa dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Selangor, baru-baru ini.

Pengurus pasukan robotik SMK Sungai Besar, Nor Azman Hassan berkata, pertandingan yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim itu menyaksikan penyertaan sebanyak 63 buah sekolah menengah dari seluruh negeri Selangor.

Katanya, pasukan robotik sekolah itu teruja kerana pertama kali menyertai pertandingan itu terdiri daripada sembilan orang pelajar tingkatan empat dan lima dan bertanding dalam kategori Regular Pro Menengah Atas.

“Lebih membanggakan apabila mereka diumumkan meraih pingat gangsa selain menduduki tempat kelapan keseluruhan daripada 24 pasukan bertanding dalam kategori Regular Pro Menengah Atas,” katanya.

Katanya, sebelum itu, peserta diberi tempoh masa selama tiga jam bagi memasang dan menyediakan robot.

“Robot kemudian diprogramkan bagi menyelesaikan tugasan bertemakan penghantaran makanan (food distribution) mengikut litar pertandingan.

“Mata diberikan berdasarkan ketepatan bagi setiap tugasan seperti menghantar kontena makanan tepat pada tempatnya dan menyelesaikan seluruh tugasan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: paertandingan robotikSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd