• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Sindrom Down Ditemui Selamat Di Menara KL

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 10 jam pencarian, remaja perempuan sindrom down yang dilaporkan hilang ditemui di Menara Kuala Lumpur, semalam.

Mangsa, Putri Nur Qasdina Mohd Zairan, 19, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, di sini, disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 6 pagi semalam selepas didapati tiada di wad ketika menjaga wanita berkenaan yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, mangsa ditemui anggota polis bantuan di Menara Kuala Lumpur kira-kira jam 5 petang semalam.

“Anggota polis bantuan berkenaan kemudian menghubungi pihak polis sebelum mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi oleh anggota polis peronda.

“Mangsa diserahkan kepada guru sekolahnya kira-kira jam 7 petang semalam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Pembantu Pengurusan Pelajar SMK Danau Kota, Norasikin Shamsuddin, 34, berkata, dia menerima panggilan daripada pihak polis yang meminta menjemput Putri di IPD Dang Wangi.

“Saya dimaklumkan dia ditemui di Menara Kuala Lumpur. Ketika ditemui, terdapat makanan dan gambar yang diambil di Menara Kuala Lumpur bersamanya.

“Saya bersyukur Putri dalam keadaan selamat dan berterima kasih kepada individu yang prihatin terhadapnya dengan memberikan makanan.

“Putri sudah diserahkan kepada ibunya yang hanya dikenali sebagai Juriah berusia 60-an di HKL,” katanya.

Semalam, NSTP melaporkan Putri menghilangkan diri ketika berada di wad ibunya di HKL kira-kira jam 6 pagi. – BH Online 

Tags: down sindromHILANG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd