• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Malaysia: FAM Hantar Bantahan Ke AFF & AFC

oleh Ahmad Albab
31/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menghantar surat bantahan kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan tindakan penyokong Indonesia menghina Malaysia pada Kejuaraan AFF Bawah 16 Tahun (B-16) di Indonesia, semalam.

Penyokong tuan rumah bertindak menghina nama Malaysia dan menyanyikan ‘chant’ berbunyi “Malaysia itu anjing” pada aksi sulung skuad kendalian ketua jurulatih, Raja Azlan Shah Raja So’ib berdepan Thailand di Stadium Joko Samudro, Surabaya yang menyaksikan skuad negara tewas 1-2.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam kenyataan hari ini berkata tindakan melampau penyokong Indonesia itu satu penghinaan besar terhadap nama negara.

“Saya sependapat dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan mantan presiden FAM apabila baginda turut berasakan apa yang dilakukan penyokong tuan rumah itu cukup melampau.

“Justeru tindakan menghantar surat bantahan kepada AFF dan AFC ini kita lakukan dengan segera supaya dua pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara sama tidak berulang apabila skuad B-16 negara turun pada perlawanan kedua Kumpulan B bertemu Brunei pada Jumaat,” katanya.

Menurut Stuart, bagi memastikan kawalan keselamatan skuad negara lebih terjamin, FAM bertindak untuk menghantar Exco FAM, ACP Md Dali Wahid yang juga seorang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke sana bagi membuat penilaian terhadap segala langkah keselamatan yang dilakukan oleh pihak penganjur.

“Jika didapati tuan rumah dan penganjur sekadar mengambil ringan berhubung isu ini, FAM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih drastik selepas ini,” katanya.

Beliau berharap pihak AFF dan AFC akan bertegas berhubung perkara itu memandangkan Malaysia juga pernah didenda US$30,000 (RM121,702) susulan ‘chant’ menghina Brunei dan Singapura oleh penyokong negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ketika perlawanan acara bola sepak lelaki. – BERNAMA

Tags: AFCAFFFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd