• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurugambar Rakam Imej Buruh Sebenar

oleh Ahmad Albab
31/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Jurugambar Australia, Hugh Brown mengembara ke seluruh pelosok dunia semata-mata mahu merakam imej sebenar buruh bekerja dalam persekitaran mencabar dan berbahaya.

Menurut laporan, dianggarkan 30 juta pekerja di seluruh dunia yang terpaksa bekerja dalam situasi berbahaya, teruk dan mencabar selain menerima kadar upah yang tidak setimpal.

Brown pernah melawat beberapa kawasan di India, Pakistan, Bolivia, Ghana, Mali, Indonesia, Cameroon dan Senegal untuk rakaman gambar sejak lapan tahun lalu.

Antaranya termasuk individu-individu yang bekerja di lombong arang batu, mengangkut pasir, ketulan sulfur, mencari perak, permata serta tembaga.

Lebih memilukan, gaji yang diterima buruh-buruh berkenaan adakala tidak mencecah AS$1 (RM4) sehari di lokasi berbahaya termasuk tapak gunung berapi dan kawasan pergunungan.

Brown kini mengumpul semua koleksi gambar berkenaan untuk dimuatkan ke dalam satu projek buku bergambar yang dinamakan sebagai The Cruellest Earth.

“Sejak bertahun-tahun, saya memberi fokus merakam gambar imej-imej cantik yang boleh ditemui. Bagaimanapun, saya mula terasa diri ini kosong. Saya mahu melakukan sesuatu bermakna dalam hidup dan sumbangan sebelum meninggal dunia,” katanya. – Agensi/Kosmo Online

Tags: Jurugambarrakam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

10/01/2025
0

PETALING JAYA: Seorang jurugambar bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen...

Jurugambar Lalukan Amang Seksual Didakwa

Jurugambar Lalukan Amang Seksual Didakwa

30/08/2023
0

PASIR MAS : Seorang jurugambar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd