• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Seri Setia Kurang Sihat, Sedang Berehat Di Rumah

oleh
31/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin disahkan kurang sihat dan kini sedang berehat di rumah, kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau ketika ditemui malam ini mendoakan agar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor itu segera sihat seperti sedia kala.

“Perkara ini (sakit yang dialami Dr. Shaharuddin) tidak mustahil namun beliau perlu menjalani rawatan dan mengikut nasihat doktor. Saya harap kita terus mendoakan beliau agar segera sembuh,” katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pejabat exco akan memaklumkan kepadanya mengenai tahap kesihatan semasa ADUN berkenaan dalam masa terdekat.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Dr. Shaharuddin sedang tenat akibat kanser kolon.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Dr. Shaharuddin menang kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia menewaskan calon Barisan Nasional, Yusoff M Haniff dengan 29,250 undi.

Beliau mengalahkan Yusoff yang memperolehi 9,878 undi, calon PAS, Mohd. Ghazali Daud (4,563) dan calon bebas S. Vigneswaran (217). – BERNAMA

Tags: adun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd