• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Lombok: Siti Hidayah Trauma Untuk Mendaki Gunung

oleh
30/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Tiada apa yang dapat dizahirkan selain ungkapan rasa syukur dan terima kasih kerana terselamat dalam kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda Lombok Timur, Indonesia minggu lepas, kata salah seorang pendaki Malaysia Siti Hidayah Zainuddin.

Siti Hidayah, 38, bersama empat lagi pendaki wanita merupakan kumpulan pertama selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 1.33 petang dengan menaiki pesawat AirAsia AK305.

Beliau antara 20 pendaki Malaysia yang terperangkap selepas gempa bumi 6.4 skala Richter di Lombok semalam.

Bercakap kepada pemberita, Siti Hidayah yang berasal dari Petaling Jaya yang kelihatan masih dalam trauma menceritakan detik-detik cemas mengenai pengalaman pertamanya ketika kejadian.

“Kumpulan kami dijadual mendaki gunung pada pukul 7 pagi. Kami bangun dan bersarapan pagi 6.30 pagi dan telah susun bag-bag kami di halaman rumah untuk dibawa bersama.

“Kami semua hampir naik dan siap berpakaian penuh, tiba-tiba terasa gegaran pertama. Masa itu tidak pasti dan lepas itu, bumi bergegar. Kami terkejut kerana inilah pengalaman pertama.

“Gempa pertama melanda 6.57 pagi. Masa itu kami tak tahu nak buat apa. Panik. Tanah bergoyang-goyang dan terkejut. Selepas itu ada 20 gempa susulan,” katanya.

Gempa bumi paling kuat menggegarkan wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pukul 5.47 pagi menyebabkan penduduk kawasan itu bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Kejadian tersebut turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, yang selesai menamatkan misi pendakian ke Gunung Rinjani.

Siti Hidayah memberitahu kumpulannya berjaya dikeluarkan daripada kawasan itu pada pukul 4 petang dengan bantuan pelbagai pihak khususnya penduduk kampung.

Katanya, situasi kawasan gempa bumi pada masa itu adalah semua rumah runtuh, tiada elektrik dan jambatan hubungan ke kawasan lebih selamat ditimbun batu serta banyak jalan rosak.

Hidayah berkata, penduduk mendakwa itu adalah gempa bumi yang pertama berlaku di kaki Gunung Rinjani.

“Dekat kaki gunung ada dua kawasan pengumpulan, untuk kumpulan yang sudah mendaki mereka akan berkumpul di Sembalun manakala yang baru mendaki iaitu kumpulan kami pula berada di Senaru. Jarak kedua dua kawasan ini 50 minit. Gegaran dikatakan berpunca di Sembalun.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak terutama kerajaan, polis, kedutaan, sukarela dan orang kampung bersatu padu mendirikan khemah, masak dan mengeluarkan kami. Kami tak tahu nak buat apa sebab sikit-sikit bergegar,” katanya.

Beliau yang turut mendoakan keselamatan semua pendaki dan mengucapkan takziah berkata rasa trauma itu masih dirasai dan bercadang menaiki gunung kecil di sekitar Malaysia.

Sementara itu , seorang lagi pendaki, Nur Sakinah Hasman, 38, menggesa pihak Kerajaan Malaysia dan pasukan bantuan antarabangsa menghulurkan pertolongan dengan segera kepada mangsa terjejas. — BERNAMA

Tags: gempa bumiLombok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd