• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Getir Menanti JDT Dalam Saingan Piala Malaysia

oleh
30/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan selepas diundi dalam Kumpulan C bersama juara lima kali Kedah, juara dua kali Kelantan dan MIFA.

Pada majlis undian yang berlangsung di Pusat Seni Persembahan Damansara di sini, hari ini, juara 33 kali Selangor turut berdepan laluan getir selepas diundi dalam Kumpulan D bersama juara Piala FA 2018 Pahang, PKNP FC dan Sabah.

Naib juara Liga Super 2018, Perak yang muncul juara Piala Malaysia sebanyak tujuh kali, meraih laluan selesa selepas diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Terengganu FC, Kuala Lumpur dan naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC.

Juara Liga Premier 2018, Felda United pula mengetuai cabaran Kumpulan B melibatkan tiga pasukan lain iaitu PKNS FC, Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebelas pasukan teratas Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Perdana, layak beraksi dalam pertandingan bola sepak tertua tanah air itu.

Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2018 dijadual berlangsung dari 4 Ogos hingga 16 Sept ini, dengan dua pasukan teratas setiap empat kumpulan layak ke suku akhir yang menggunakan format timbal balik.

Keputusan Undian:

Kumpulan A – Perak, Terengganu FC, Kuala Lumpur, Felcra FC

Kumpulan B – Felda United, PKNS FC, Melaka, PDRM

Kumpulan C – JDT, Kedah, Kelantan, MIFA

Kumpulan D – Selangor, Pahang, PKNP FC, Sabah

– BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd