• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteriku Curang Di Bigo Live

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAHANA video Bigo Live, rumah tangga kontraktor yang dibina atas dasar cinta sejak empat tahun lalu, bagai di hujung tanduk

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jefri, 51, mendakwa isterinya mula berubah sikap selepas terjebak dalam aplikasi media sosial itu sehingga sanggup menipu dirinya.

Menurut Jefri, melalui aplikasi itu juga isterinya yang baru berusia 26 tahun mula berkenalan dengan lelaki lain sehingga menyebabkan rumah tangga mereka semakin goyah.

“Mulanya saya tidak mengesyaki sesuatu dan beranggapan isteri memuat turun aplikasi itu hanya untuk suka-suka sama seperti Instagram dan Facebook, namun sebaliknya yang berlaku.

“Selepas dia ‘taksub’ dengan Bigo Live dan mengikut beberapa ‘group’ di aplikasi itu, dunianya hanya bersama telefon pintar. Malah, perubahan ketara apabila isteri berkenalan dengan seorang lelaki,” katanya ketika ditemui NSTP, di sini, hari ini.

Jefri berkata, menyedari perubahan itu dia beberapa kali cuba menasihati dan memberi amaran supaya isterinya tidak lagi menggunakan aplikasi terbabit, namun tidak diendahkan.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan dan lebih lapan bulan saya cuba menyelamatkan rumah tangga, namun menemui jalan buntu.

“Dia (isteri) sanggup berjaga sehingga lewat pagi hanya untuk memuaskan hati melihat segala aktiviti di Bigo Live dan mengetahui apa yang dilakukan lelaki dikenalinya itu.

“Bayangkan, saya tidur di sebelah, tetapi dia dalam diam bermain Bigo Live di dalam selimut,” katanya.

Katanya, dia tampil membuat pendedahan itu bukan hendak membuka aib atau memburuk isterinya, tetapi ingin memberi pengajaran serta iktibar kepada masyarakat, khususnya mereka yang sudah berumahtangga.

“Sebelum ini saya hanya mendengar perkara itu berlaku kepada pasangan lain dan tidak menyangka hal berkenaan akhirnya terjadi kepada rumah tangga saya sendiri,” katanya. – MyMetro

Tags: bigo liveisteri curang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Datuk Abhy’ Umpan Beri Gaji Lumayan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Abhy’ diberkas polis di rumahnya di Kajang, Selangor semalam selepas disyaki terbabit...

Suami Tanggung Kos IVF, Isteri Tukar Sperma Dengan Kekasih

06/09/2018
0

SEORANG wanita secara diam-diam telah menukar sperma suaminya dengan sperma kekasihnya semasa menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dan melahirkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd