• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Pendaki Malaysia Dijangka Pulang Hari Ini

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 13 ahli kumpulan pendaki Langkawi Island Hikers, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Grup Kapar yang terkesan dengan tragedi gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia dijangka pulang ke Malaysia tengah hari ini.

Ketua Pendaki, Khairul Azim, 32 berkata, kumpulannya kini dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia pada jam 12.30 tengah hari.

“Kami dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 3.30 petang ini.

“Walaupun laluan terputus terutama di Sembalun, Lombok Timur tetapi dengan bantuan penduduk tempatan kami menggunakan laluan alternatif untuk ke lapangan terbang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Khairul berkata, kumpulannya tidak dihubungi oleh mana-mana pihak termasuk kedutaan Malaysia dan mengambil keputusan untuk pulang.

“Memang berlaku banyak gegaran susulan namun selepas berada jauh di kawasan Sembalun keadaan semakin pulih,” katanya.

Semalam, seorang pendaki rakyat Malaysia maut manakala enam yang lain cedera akibat gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok.

Gempa dengan kekuatan 6.4 magnitud itu turut menyebabkan kerosakan di kawasan sekitar dan banyak laluan terputus.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut laporan BMKG, berlaku 31 gegaran susulan selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi semalam.

Gegaran susulan gempa itu di bawah 5 Skala Richter.

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok yang popular dalam kalangan pelancong dan pendaki juga ditutup kerana dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh. – BH Online

Tags: gunung rinjanipendaki gunung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Dua Pendaki Gunung Kinabalu Terjatuh Ketika Paragliding

30/11/2021
0

RANAU - Dua lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu di sini pada Selasa. Dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd