• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR: Aminuddin Pilih Tampin Ingin Keluar Dari Zon

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun membuat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Tampin kerana ingin keluar dari kepompong keselesaan dan menguji kemampuan diri di kawasan luar bandar.

Aminuddin yang juga Menteri Besar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat berkata keputusan untuk bertanding jawatan tersebut dibuat pada saat-saat akhir dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Sudah tiba masanya saya berhijrah kerana bagi saya sudah tiba masa ahli parti keluar dari kepompong keselesaan dan bersama-sama memastikan PKR itu dapat kita gerakkan ke seluruh pelusuk negeri.

“Saya pilih Tampin kerana dekat dengan Johol, kawasan pedalaman dan Felda. Tujuan saya nak bertanding di situ kerana nak mengukuhkan PKR itu sendiri,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Surat Lantikan Pegawai Penyelaras DUN, di sini hari ini.

Bakal berdepan Kapten (B) Zulkapli Kassim selaku penyandang jawatan berkenaan, Aminuddin berkata beliau akan menerima apa saja kemungkinan yang berlaku semasa pemilihan parti itu September ini.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan seramai 15 orang dilantik sebagai Pegawai Penyelaras DUN bagi tempoh dua tahun yang berfungsi sebagai wakil kerajaan Pakatan Harapan di kawasan pembangkang, dalam menyampaikan dan melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Aminuddin berkata Pegawai Penyelaras DUN yang dilantik juga akan dipertanggungjawabkan mengambil berat tentang keadaan yang berlaku dalam masyarakat setempat, memberi khidmat, menolong dan membantu menyelesaikan permasalahan yang timbul di kawasan mereka.

“​​​​​​​Serupa dengan ADUN, penyelaras DUN juga seharusnya peka dan sensitif dengan hasrat kita sebagai pemerintah dan hasrat masyarakat di mana kita ditugaskan.

“Mereka juga ditugaskan untuk membantu masyarakat menyampaikan maklumat terus kepada kerajaan negeri dan memastikan masyarakat di kawasan pembangkang tidak dipinggirkan,” katanya.

Beliau berkata majoriti yang dilantik sebagai Pegawai Penyelaras DUN merupakan calon Pakatan Harapan yang kalah semasa Pilihan Raya Umum yang lepas, kecuali di kawasan Johol dan Gemas, dan mereka yang dilantik dibayar elaun RM2,500 sebulan.

Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata bermula tahun hadapan, setiap kawasan DUN akan diberi peruntukan RM500,000 dan bagi kawasan DUN pembangkang, sebanyak RM400,000 akan diberikan kepada Pegawai Penyelaras DUN manakala ADUN di kawasan tersebut akan mendapat peruntukan RM100,000. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd