• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juarai TdF Penuhi Impian Thomas

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Pelumba Britain, Geraint Thomas memenuhi impiannya semasa kecil dengan menjuarai Tour de France (TdF) semalam selepas berakhir peringkat ke-21 yang dimenangi jaguh Norway, Alexander Kristoff.

Penunggang pasukan Sky itu menamatkan perlumbaan di Paris hampir dua minit di depan pencabar utamanya dari Belanda, Tom Dumoulin (Sunweb) untuk mengesahkan jersi kuning.

Rakan sepasukannya yang juga penyandang juara Chris Froome berakhir di tangga ketiga dan ketinggalan 2 minit 24 saat.

“Masih sukar untuk mempercayainya, ia menakjubkan,” kata Thomas yang tampak terlalu letih selepas mengharungi perlumbaan edisi ke-105 TdF itu.

Kemenangan pelumba berusia 32 tahun dari Wales itu adalah kejuaraan ketiga dimenangi pelumba dari Britain selepas Froome dan Bradley Wiggins serta memberikan pasukan Sky kemenangan keenam daripada tujuh edisi terdahulu.

“Penghormatan besar buat Froome,” kata Thomas. “Ia mungkin janggal, mungkin juga boleh berlaku ketegangan… dia adalah juara yang hebat dan saya sentiasa menghormatinya.

“Impian saya adalah untuk sentiasa berlumba (di TdF) dan impian itu hadir 11 tahun lalu. Kini, di sini menjadi pemakai jersi kuning di hadapan anda semua (penonton), ia sesuatu yang… wau!”

Thomas yang dikenali sebagai peminat ragbi mengambil bendera Wales sebelum mendaki podium bagi menyanyikan lagi kebangsaan British, God Save the Queen.

“Saya mula berkayuh disebabkan perlumbaan ini. Saya masih ingat saya berlari ke rumah dari sekolah untuk menontonnya,” katanya sambil turut mengucapkan penghargaan kepada isterinya, Sara.

“Sokongan yang saya peroleh… isteri saya. Terima kasih tidak terhingga kepada Sara. Dia sentiasa berada di samping saya ketika susah dan senang.” – AFP

Tags: Geraint Thomastour de france
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd