• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Siti Nur Ditempatkan Di Mataram Sebelum Dibawa Pulang

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Jenazah Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia kini ditempatkan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Provinsi NTB sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata usaha dan urusan proses berkaitan untuk membawa pulang jenazah masih dilakukan.

“Ahli-ahli kumpulan yang lain (17 lagi ahli kumpulan dengan Allahyarham) ditempatkan di beberapa hotel di Mataram dan kedutaan sedang berusaha untuk membolehkan mereka menaiki pesawat penerbangan pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Siti Nur Ismawida terkorban akibat dihempap runtuhan bangunan, manakala enam lagi cedera dalam kejadian gempa bumi kuat di Lombok semalam.

Allahyarham dalam program mendaki gunung berapi Rinjani di Lombok Timur.

Zamshari berkata mereka yang cedera juga kini menerima rawatan susulan di RSUD Provinsi NTB di Mataram.

Beliau berkata pihak kedutaan juga dihubungi satu lagi kumpulan pelancong dari Malaysia iaitu seramai 11 orang.

“Kumpulan seramai 11 orang itu kini berada dalam keadaan selamat di Pulau Gili Trawangan, Lombok Utara,” katanya.

Semalam, satu lagi kumpulan pendaki gunung Rinjani dari Malaysia seramai 19 orang dilaporkan selamat di Senaru, Lombok Utara dan pihak berkuasa Indonesia membawa membawa mereka ke Senggigi di Barat Lombok.

“Kedutaan masih terus berusaha untuk mendapatkan maklumat rakyat Malaysia lain yang terjejas susulan gempa bumi ini,” katanya.

Rakyat Malaysia yang berada di Lombok dan memerlukan bantuan konsular atau keluarga mereka diminta menghubungi pihak kedutaan menerusi emel [email protected]/ [email protected] atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036 (whatsapp). – BERNAMA

Tags: Lombokpendaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

28/07/2023
0

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd