• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Dedah Alasan Tanding Timbalan Presiden

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Empat faktor utama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ketika berucap di sebuah hotel, di sini, bekas Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan beliau tidak boleh menawarkan pelbagai ganjaran namun berjanji akan membawa idealisme reformasi dalam kepimpinan parti.

“Nilai kami, undi kami dan bawa kami atas satu sebab saja iaitu kalau ahli setuju agar PKR mengangkat idealisme reformasi dan kembangkan sampai bila-bila.

“Ada empat sebab saya tawarkan diri selepas mengadakan banyak perbincangan dengan sahabat-sahabat yang minta saya pertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

“Sebabnya adalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebab kedua, pengukuhan Harapan, PKR. Sebab ketiga, kerana jiwa reformasi tak boleh lari dengan PKR dan keempat, demi menjaga kebajikan akar umbi parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokongnya dalam satu majlis memperkenalkan barisan pemimpin dan calon yang bersamanya dalam pemilihan parti tahun ini.

Menggelarkan dirinya sebagai ‘penganggur terhormat’, Rafizi merasakan beliau merupakan orang paling sesuai untuk membantu memperkuatkan parti kerana pemimpin lain ‘sibuk’ dengan urusan kerajaan.

“Parti perlukan orang menganggur seperti saya sebab sahabat dalam kerajaan sibuk dengan kerja kerajaan. Dalam PRU akan datang, kita mahu PKR menang 70 kerusi Parlimen.

“Jadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlukan tangan yang kuat untuk tumpukan kepada reformasi dan masyarakat. Jadi, amat sesuai untuk saya dan Anwar Ibrahim gunakan masa terluang untuk bantu kukuhkan parti,” ujarnya.

Tambahnya, beliau akan terus menegur kepimpinan parti meskipun tewas dalam pemilihan kali ini dan memberi amaran ‘mulutnya tidak boleh tutup’ kerana kepimpinan memerlukan proses timbang tara.

“Jangan ada mana-mana pemimpin cuba bawa budaya kotor dalam parti. Siapa-siapa, pimpinan mana bawa budaya kotor, budaya feudal, kita lawan habis-habisan. Ini parti rakyat.

“Buang politik wang, jangan gunakan kuasa untuk tindas orang. Mulut saya memang tidak boleh tutup, saya akan tegur (sebarang kesilapan pimpinan parti),” tegasnya. – Sinar Harian

Tags: Pemilihan PKRRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd