• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Pendidikan Enggan Layan Soalan Wartawan

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik enggan melayan soalan pemberita mengenai isu peruntukan untuk sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dan penangguhan program MyBrain.

Sebuah portal berita melaporkan, Maszlee ketika ditemui pemberita dalam satu majlis sebaliknya meminta wartawan menulis hanya apa yang beliau mahu katakan ketika ditemui.

“Akan dibuat kenyataan, tapi sekarang tolong ambil kenyataan saya, kita sokong penuh Zawawi berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,” katanya sebelum berlalu pergi meninggalkan petugas media.

Maszlee dilaporkan berkata demikian kepada pemberita di Program Kesihatan Percuma di Sekolah Rendah Agama Ainani, Sri Andalas, Klang, Selangor hari ini.

Maszlee menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Kandis, Shah Alam.

MyBrain merupakan inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertujuan meningkatkan jumlah pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dan Ijazah Sarjana (Master) bagi mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dan Master di Malaysia menjelang tahun 2023. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Dr Maszlee Malikwartawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd