• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Di Indonesia: Seorang Rakyat Malaysia Terkorban

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi ini.

Menurut laporan media Indonesia, rakyat Malaysia yang terkorban itu hanya dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30 tahun. Jenazah mangsa kini dilaporkan ditempatkan di Klinik Sembalun, Lombok.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata pihak kedutaan sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Identiti lengkap mangsa masih belum diperoleh setakat ini, katanya kepada Bernama.

Menurut Zamshari terdapat 150 pelajar Malaysia di Lombok dan mereka dilaporkan selamat.

Menurut media Indonesia, setakat ini 10 mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa itu, manakala puluhan rumah dan bangunan dilaporkan rosak.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 Skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi tadi menyebabkan penduduk kawasan itu dilaporkan bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut laporan BMKG, berlaku 31 gegaran susulan selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi ini. Gegaran susulan gempa itu di bawah 5 Skala Richter.

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok yang popular dalam kalangan pelancong dan pendaki juga ditutup kerana dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh. – BERNAMA

Tags: gempa bumiLombok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd